Archive for the ‘5.0 Penutup’ Category

5.1 Rumusan

Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa slanga dalam bab 5 novel Rooftop Rant dapat diteliti dengan mudah dengan pengaplikasian  perisian AntConc terhadapnya. Jelaslah terdapat beberapa aspek bahasa slanga yang dapat dilihat dalam novel Rooftop Rant dan dapat dipelajari oleh setiap individu seterusnya memudahkan pemahaman terhadap aspek  bahasa slanga ini dalam kehidupan seharian. Melalui kajian dalam kursus ini pelajar dapat menggunakan pengaplikasian komputer dalam linguistik seterusnya dapat diaplikasikan dalam bidang-bidang linguistik yang lain pada masa akan datang.

Ternyata bahasa slanga berupaya memberi impak, aura dan pengenalan diri kepada individu dan kumpulan menerusi pelbagai media serta latar kelompok sosial manusia. Menurut Fairclough (dalam Asmah, 1987) memperjelaskan bahawa bahasa slanga juga dapat merumus satu inspirasi malahan manifestasi interaksi sosial dan cerminan kehidupan bagi sesuatu kumpulan untuk membina identiti diri yang tersendiri dalam masyarakat. Hakikat ini menjadikan mereka mudah dirujuk, dikenali dan dikaitkan dengan ciri-ciri slanga itu sendiri. Apabila terungkap sahaja kosa kata atau diksi bahasa slanga yang berkaitan dengannya, maka sudah tergambar rupa, gaya dan cara hidup sesebuah kumpulan.