1.5 Definisi Istilah

Bahasa Slanga.

Slanga.

Menurut Fischer (1996) slanga muncul pada abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain ”  iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi,  kata  slanga berasal  daripada perkataan “sling” yang dihubungkaitkan dengan “beggar language dan rogues language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.

Bahasa Slanga amat meluas digunakan dalam kalangan para remaja masa kini. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi ‘biasa’ dan tanpa segan-silu dipertuturkan baik dari kaki lima kedai usang sehinggalah ke galeri indah, bangunan parlimen. Manusia adalah makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendirian melainkan selalu berinteraksi menerusi bahasa yang mereka tahu, faham, dan serasi sekaligus membentuk identiti kelompok yang memungkinkan terbinanya pelbagai bahasa, berbilang budaya yang unik dan tersendiri.

Definisi Slanga.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei:2003) mengatakan bahawa slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau mengikut musim. Harimurti Kridalaksana (1982:156), bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan.

Brooke (1973:12) telah mengungkapkan bahawa variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa diberi beberapa nama oleh ahli bahasa berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi atau ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam ilmu sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.

Grice (1975) menghuraikan, slanga  memiliki kecenderungan yang digunapakai secara paling asas dan umum untuk memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini terjadi dalam semua bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau lebih awal dengan sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri (Nik Safiah Karim, 1996:43-49).

Bahasa slanga mempunyai ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga akhirnya menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi untuk membentuk identiti kumpulan (Asmah,1993:85). Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998) berpendapat ‘key word’ atau kata kunci dalam pengajaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya yang bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.

Dari perspektif ahli bahasa dapat disimpulkan bahawa praktikal bahasa memberi justifikasi tepat tentang bahasa dan tingkah laku yang saling berperanan dan mempengaruhi penutur bahasa terhadap dunianya yang tergambar menerusi ungkapan dan penuturan bahasa slanga. Cara, gaya, dan emosi yang dibawa oleh bahasa slanga itu sendiri sudah memberi kefahaman meluas mengenai peranan bahasa  dalam kehidupan manusia baik kognitif, afektif dan amalan kehidupan sehariannya.

16 responses to this post.

  1. definisi istilah yg mantap.

    Reply

  2. Terima kasih..tapi rasa ada yang tak cukup dan lengkap lagi..

    Reply

  3. Posted by Sarah on April 6, 2012 at 1:03 am

    Penggunaan slanga adalah sangat dekat dengan masyarakat terutamanya dengan golongan remaja.

    Reply

  4. Sudah disemak. Syabas!

    Reply

  5. Terima kasih dr..

    Reply

  6. salam…kak, bleh tolong tak…?
    saya pelajar ppu dri melaka ingin membuat kajian tentang bahasa slanga tetapi sya kekurangan bahan rujukan dari segi nama pengkaji yang mendefinisikan bahasa slanga…
    boleh tak kalau akak bgi laman web pengkaji tersebut atau buku apa yang akak guna untuk mencari definisi bahasa slanga?
    terima kasih atas bantuan akak..:)

    Reply

  7. Posted by Anonymous on June 27, 2013 at 11:47 am

    thank you ! <3

    Reply

  8. Posted by Anonymous on July 3, 2013 at 9:39 am

    salam… kak, bleh tanya tak…?
    ..
    boleh tak kalau akak bgi laman web pengkaji tersebut atau buku apa yang akak guna untuk mencari definisi bahasa slanga?

    Reply

  9. assalamualaikum kak .. boleh minta senarai rujukan akak ke tentang bahasa slanga ? saya nak buat kajian tentang bahasa slanga tetapi kekurangan rujukan , so bleh minta tolong kak ? please ……
    thanks kak …. :)

    Reply

  10. Posted by edy on July 14, 2013 at 9:07 pm

    assalamualaikum . . kak , nk mintak senarai rujukan akak tentang bahasa slanga . . please3

    Reply

  11. Posted by nurul on July 15, 2013 at 9:56 am

    salam kak. kak ada kerja kursus lengkap tentang bahsa slanga x?
    kalu ada boleh x tolong emailkan kat saya… pleeeezzzzz

    Reply

  12. Posted by Anonymous on August 12, 2013 at 2:15 pm

    sangat membantu :) Thanks

    Reply

  13. Posted by nadirah on August 17, 2013 at 12:32 am

    slmt mlm kak.. emm, konsep bahasa slanga ada ker?

    Reply

  14. Posted by Anonymous on August 21, 2013 at 12:58 pm

    salam kak..nk mntk snarai rjukan tntg dfinisi bhsa slnga ada x

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: